Thursday, October 17, 2013

Sekadar Seri

1-1

Malaysia sekadar seri 1-1 dengan Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2015 yang berlangsung di Stadium Shah Alam kelmarin.

Di babak pertama, Malaysia yang cuba menerapkan taktikal secara counter attack dilihat gagal mengimbangi corak permainan Bahrain. Skuad negara ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama selepas pemain pertahanan Bahrain menghukum kelalaian barisan pertahanan Harimau Malaya dengan meledak rembatan luar kotak penalti sekaligus menewaskan Khairul Fahmi.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian K.Rajagobal cuba bangkit memberikan tentangan 
dan usaha mereka berhasil apabila Norshahrul Idlan Talaha memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Bahrain dengan melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Bahrain.

Dengan keputusan seri ini, Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan dengan mengumpul 4 mata, 3 mata di belakang Bahrain dan 2 mata di belakang Qatar yang menewaskan pasukan yang berada di tangga tercorot kumpulan, Yemen.

Perlawanan keempat dijadualkan pada 15 November 2013 dengan Malaysia bakal berdepan Bahrain sekali lagi di gelanggang lawan.

No comments:

Post a Comment