Tuesday, October 8, 2013

Pindaan Venue Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 antara ATM  menentang juara bertahan, Kelantan pada 18 Oktober ini yang bakal dilangsungkan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah pun diubah ke Stadium Shah Alam. Perubahan venue perlawanan ini adalah permintaan pasukan tuan rumah. Satu tindakan bijak daripada pihak pengurusan ATM kerana mengambil kira faktor jumlah penyokong yang ramai bagi kedua-dua pasukan dan faktor keselamatan. Stadium Majlis Perbandaran Selayang hanya mampu memuatkan 16,000 orang penyokong berbanding dengan Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 orang penyokong.


No comments:

Post a Comment