Monday, October 21, 2013

Petronas bakal menjadi penaja utama Kelantan?

Syarikat petroleum Malaysia, PETRONAS dikhabarkan bakal menjadi penaja UTAMA skuad The Red Warriors musim depan. Perkhabaran ini dikuatkan lagi apabila syarikat tersebut mengeluarkan stiker yang mempamerkan gambar pemain-pemain The Red Warriors.




Sebelum ini, penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah pun mengeluarkan kenyataan di laman sosial bahawa kesemua penaja skuad The Red Warriors untuk musim 2014 sudah menandatangani kontrak. Berita ini pastinya menggembirakan para penyokong Kelantan di mana musim hadapan KAFA memerlukan dana yang lebih besar untuk menjadi pasukan pencabar utama.

Sunday, October 20, 2013

Azraai Khor Lepas Jawatan

Azraai Khor Abdullah akhirnya memilih untuk melepaskan jawatan beliau sebagai jurulatih skuad Perak. Terbaru, persetujuan bersama telah pun dicapai dan perlepasan jawatan ini berkuatkuasa serta merta bermula hari ini.

Hal ini berkait rapat dengan prestasi merudum skuad Perak musim ini disamping masalah dalaman pasukan sehinggakan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini selepas Perak tewas 1-6 kepada Sarawak dalam saingan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013.


Selamat Maju Jaya Coach!!!

Thursday, October 17, 2013

Preview Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013


Menjelang sepak mula separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 antara ATM vs Kelantan di Selayang malam esok, pertembungan kedua-dua pasukan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong kedua-dua pasukan. Mana tidaknya, pertemuan Gladiators dan The Red Warriors ini sering berakhir dengan jumlah jaringan yang besar.

Piala Malaysia 2012:

ATM 1-1 KELANTAN
KELANTAN 4-3 ATM
ATM 2-3 KELANTAN (PERLAWANAN AKHIR)

Liga Super 2013:

ATM 2-3 KELANTAN
KELANTAN 1-3 ATM

Venue perlawanan ini yang diubah ke Stadium Shah Alam pada awalnya kembali diubah ke home ground ATM iaitu di Stadium Selayang atas bantahan daripada pemain ATM yang mendakwa sekiranya perlawanan dilangsungkan di Shah Alam pastinya stadium bakal dipenuhi dengan penyokong-penyokong The Red Warriors sedangkan home ground mereka adalah di Selayang.

Kapasiti Stadium

Selayang (16,000)

Shah Alam (80,000)

Beralih kepada taktikal pasukan Kelantan yang masih berada dalam form yang terbaik selepas membelasah Johor DT di peringkat suku akhir yang lalu, Bojan Hodak pastinya merencana strategi terbaik bagi memastikan bekalan selesa ke Kota Bharu. Berikut jangkaan kesebelasan utama Kelantan:

2. Azizi Matt Rose
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim Ab Halim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
10. Norfarhan Muhammad
16. Badhri Radzi (Ketua Pasukan)
19. Khairul Fahmi Che Mat
20. Dickson Nwakaeme
23. Indra Putra Mahayudin

Sementara itu, ATM yang mara ke separuh akhir selepas menjinakkan juara Liga Super 2013, Lions XII pastinya akan mengambil kelebihan beraksi di gelanggang "keramat" mereka sekaligus memastikan mereka bertandang ke Kota Bharu dengan jumlah defisit gol yang banyak. B.Sathianathan tampak optimis mereka mampu melakar kemenangan ke atas Kelantan malam esok.Berikut jangkaan kesebelasan utama ATM:

2. K.Reuben
9. Marlon Alex James
10. Bruno Martelotto
12. Shukor Adan
14. Nizaruddin Yusoff
18. Fitri Omar
19. Christie Jayaseelan
20. Hairudin Omar (Ketua Pasukan)
21. Irwan Fadzli Idrus
23. Rezal Zambery Yahya
24. Amirizwan Taj Tajudin

Pemain Tumpuan:

Kelantan

Obinna Nwaneri
Badhri Radzi
Norfarhan Muhammad
Dickson Nwakaeme

ATM

Irwan Fadzli Idrus
Bruno Martelotto
Hairudin Omar
Marlon Alex James

Ramalan Keputusan:

ATM 2-2 KELANTAN

Sekadar Seri

1-1

Malaysia sekadar seri 1-1 dengan Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2015 yang berlangsung di Stadium Shah Alam kelmarin.

Di babak pertama, Malaysia yang cuba menerapkan taktikal secara counter attack dilihat gagal mengimbangi corak permainan Bahrain. Skuad negara ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama selepas pemain pertahanan Bahrain menghukum kelalaian barisan pertahanan Harimau Malaya dengan meledak rembatan luar kotak penalti sekaligus menewaskan Khairul Fahmi.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian K.Rajagobal cuba bangkit memberikan tentangan 
dan usaha mereka berhasil apabila Norshahrul Idlan Talaha memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Bahrain dengan melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Bahrain.

Dengan keputusan seri ini, Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan dengan mengumpul 4 mata, 3 mata di belakang Bahrain dan 2 mata di belakang Qatar yang menewaskan pasukan yang berada di tangga tercorot kumpulan, Yemen.

Perlawanan keempat dijadualkan pada 15 November 2013 dengan Malaysia bakal berdepan Bahrain sekali lagi di gelanggang lawan.

Wednesday, October 9, 2013

Penyokong "Dipermankan" Lagi




















Perlawanan persahabatan antarabangsa petang ini yang melibatkan pertembungan antara MALAYSIA vs UAE di China pada awalnya diklasifikasikan sebagai berstatus A dan mempengaruhi ranking FIFA.

Namun, perkhabaran yang diterima hari ini mengesahkan perlawanan persahabatan ini tidak diiktiraf dan tidak mempengaruhi ranking FIFA. Semua ini adalah berpunca daripada permintaan pihak pengurusan skuad UAE itu sendiri.

Walau apa pun, diharapkan skuad "eksperimen" K.Rajagopal ini mampu memberikan saingan walaupun menyedari keputusan perlawanan ini tidak akan menjejaskan kedudukan dalam ranking FIFA.

Gud Luck Harimau Malaya!!!

2 Tonggak Kelantan Disisihkan




2 orang pemain tonggak skuad The Red Warriors, Nik Shahrul Azim & Shakir Shaari dijangka terlepas aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia 2013 selepas masing-masing mengalami kecederaan.

Nik Shahrul Azim mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) yang memaksa beliau berehat selama 2 minggu manakala Shakir Shaari mengalami Hamstring.

Kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang menyaksikan Kelantan membelasah Johor DT 6-1 di Kota Bharu.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak pastinya gusar dengan situasi ini memandangkan sebelum ini beliau kehilangan seorang lagi pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin yang juga mengalami kecederaan dan terpaksa berehat 2 bulan.

Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara ATM v Kelantan dijadualkan pada 18 Oktober depan di Stadium Shah Alam.

Man "Dagu" Kembali Ke Terengganu



Bekas jurulatih skuad Selangor PKNS musim ini, Haji Abdul Rahman Ibrahim telah pun menandatangani kontrak bersama Terengganu untuk musim 2014.

Majlis menandatangani kontrak telah pun berlangsung semalam di Kuala Terengganu. Untuk rekod musim ini, Haji Abdul Rahman Ibrahim berjaya membimbing skuad "Semut Merah" sehingga ke peringkat suku akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Pahang.

Pengalaman beliau pastinya ditagih oleh PBSNT dalam usaha menaikkan semula imej bola sepak Terengganu. Sementara itu, jurulatih Terengganu musim ini, E.Elavarasan dikhabarkan bakal melatih PDRM dalam saingan Liga Premier musim depan.